Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah
"Wanita Sholehah" . . .
Berikut adalah beberapa keutamaan seorang wanita dalam islam.
cekidooot :)
1. Wanita yang
solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa
menangis karena takut kepada Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di
dalam syurga.
6. Barangsiapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
7. Dari Aisyah r.a.
“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari
api neraka.
8. Syurga itu di
bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil
akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat
akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
12. Aisyah r.a.
berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa
pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W.
“Ibunya.”
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan
yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
15. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000
kebaikan dan menghapuskan darinya
1000 kejahatan.
16. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah
lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita
yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. Rakaat solat
dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
23. Wanita yang
memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu
badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
24. Wanita yang
melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari
yakut.
27. Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hibur hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
28. Wanita yang
memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkahan.
29. Wanita yang
menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkahkan rezekinya.
30. Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
31. Wanita yang
hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang
hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.
33. Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengaruniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita
mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit
akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu
badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat
dan puasa.
37. Jika wanita
memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar